Ini bukan isu remeh atau kecil, ianya babitkan masa hadapan negara
BANGI
– Sudah banyak bukti menyatakan parti rasis dan cauvinis, MCA serta DAP
saling berlumba-lumba mempertahan dan memperjuangkan Sijil Peperiksaan
Bersepadu (UEC) demi memenangi hati orang Cina.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),
Haji Aminuddin Yahaya berkata, isu UEC bukanlah sesuatu yang remeh atau
kecil, ianya membabitkan masa hadapan negara.
“Jika kita tidak bertegas dan sensitif
dalam isu UEC, jangan mimpilah untuk memansuhkan sekolah vernakular dan
melaksanakan sistem sekolah satu aliran,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Terdahulu, MCA menggesa Timbalan Menteri
Pendidikan, Teo Nie Ching menjustifikasikan alasan kerajaan yang dilihat
tidak lagi membuka pengambilan untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan untuk Sijil Peperiksaan Bersama UEC (PISMP-UEC) kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perundingan
Pendidikan Belia Negara MCA, Ng Sing Phing berkata, program PISMP-UEC
adalah satu-satunya jalan kepada pemegang sijil kelulusan UEC untuk
menjadi penjawat awam menerusi jawatan guru.
Justeru, katanya, dengan tindakan baharu
kerajaan yang tidak lagi merekrut guru bahasa Cina tahun ini, pelajar
UEC seolah telah disisihkan dalam perkara ini.
Sing Phing turut mendesak pemimpin DAP
itu menyatakan pendiriannya sama ada sehaluan atau tidak bersetuju
dengan pendekatan semasa yang diambil kerajaan dalam perkara itu.
Malah beliau juga menyoal apakah
masyarakat Cina terus boleh ‘melabur’ harapan mereka terhadap UEC yang
pernah diktiraf dalam aspek pengambilan guru bahasa Cina sebelum ini.
Mengulas lanjut, Haji Aminuddin yang juga
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyarankan,
supaya parti-parti politik Cina di negara ini bersikap sederhana dalam
memperjuangkan hak kaum masing-masing berlandaskan Perlembagaan
Persekutuan.
Beliau berkata, sekiranya sikap berkenaan dipupuk, negara akan sejahtera selain keharmonian antara kaum juga terpelihara.
“Selogiknya, jika mereka ini bersederhana
dalam perjuangan mereka mengikut Perlembagaan, pastinya mereka akan
turut bersama-sama kita semua dalam memperjuangkan sistem sekolah satu
aliran.
“Malangnya ini tidak berlaku kerana
mereka merasakan bahawa perjuangan mereka ini betul, antara sebabnya
ialah kerana wujudnya orang-orang Melayu yang menyokong perjuangan
mereka ini.
“Saya berharap sangat agar parti-parti
Melayu dari pembangkang khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan
Harapan (PH) dapat ‘mengawal’ kerakusan dan perangai liar kedua-dua
parti ini. Ini kerana dalam isu UEC, sepatutnya tiada kompromi sama ada
dari pihak kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.
No comments:
Post a Comment