Terbaharu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
turut memetik kembali ciapan yang dilakukan Siti Nurhaliza pada 8 Mei
itu.
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji..Ya Allah Lindungi kami ..
“Itulah tweet dari seorang artis pada tahun 2015 apabila
terkeluar berita bahawa Tabung Haji beli sebidang tanah TRX 1.6 ekar
dengan harga RM188.5 juta untuk projek pembinaan kondo,” kata Najib.
Jelas Najib pada tahun sama, syarikat tersenarai WCT
Holdings Bhd membeli sebidang tanah TRX seluaa 1.6 ekar bersebelahan
tanah dibeli TH dengan harga lebih tinggi RM223 juta untuk projek
pembinaan kondo.
Menurut beliau, tahun lepas syarikat tersebut telah
melancarkan projek kediaman bernilai RM1.1 bilion dan syarikat itu
dijangja akan mengaut keuntungan besar dari projek TRX.
Manakala Tabung Haji sudah batalkan projek kediaman di tanah TRX yang sepatutnya dimajukan oleh TH Properties.
“Masa dulu, kita beri peluang untuk Tabung Haji menjana
keuntungan lebih dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran supaya
hibah kepada pendeposit akan lebih tinggi sedikit tetapi kita dituduh
merompak Tabung Haji pulak.
“Ya, kita difitnah oleh banyak pihak masa itu termasuk artis.
“Siapa lagi antara kawan-kawan FB saya juga termakan fitnah
dan propaganda PH tentang tanah TRX Tabung Haji masa itu?” tanya Najib
Pada 8 Mei 2015 akaun Twitter penyanyi nombor satu negara
Siti Nurhaliza mendapat perhatian umum apabila ciapan beliau menyentuh
tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh
Lembaga Tabung Haji (LTH).
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” ujar Siti Nurhaliza dalam Twitternya.
Ciapan tersebut walaupun ringkas tetapi memberi impak
tersendiri kepada pihak yang memahami tentang situasi berkenaan. Setelah
lima jam, tuit tersebut telah mendapat lebih 2,500 tweet semula dan
lebih 1,000 ‘Like’.
Ciapan itu berkaitan pengesahan Lembaga Tabung Haji membeli
tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak
Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB).
Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai
Eksekutif TH pada waktu itu, Datuk Johan Abdullah pembelian hartanah
pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai
pasaran semasa.
Dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.
Bagaimanapun TH kemudiannya memutuskan untuk menjual tanah tersebut.-SM
No comments:
Post a Comment