Wednesday, February 19, 2020

Rasuah seks

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin 

 

Dunia dipenuhi pemimpin yang sarat dengan kehendak nafsu peribadi


ADA ahli politik yang kalah dengan wanita, ada yang kalah dengan kanak-kanak perempuan dan ada yang kalah dengan lelaki jambu.

Rasuah seks bukanlah sesuatu yang baharu tetapi ia telah berlaku dalam tempoh yang panjang, sama ada di dunia antarabangsa mahu pun di dalam negara.

Di antara jenayah yang pernah dilakukan oleh ketua negosiasi Palestin dengan ketua negosiasi Israel, Tzipi Livni yang juga Menteri Kehakiman Israel ialah dengan melakukan hubungan seks bersama tatkala sebahagian rakyat Palestin meletakkan harapan palsu kepada negosiasi ini.

Seorang pendita YAHUDI (Rabbi) menyatakan bahawa bukanlah satu kesalahan untuk Tzipi Livni mengadakan hubungan seks selagi tindakan ini menguntungkan Israel.

Dunia hari ini dipenuhi oleh pemimpin yang sarat dengan kehendak nafsu peribadi dan sangat sedikit di kalangan mereka yang benar-benar berjuang untuk agama, rakyat dan masa depan negara.

* Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

No comments: