BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa hotel dan pusat konvensyen milik Tabung Haji di Kuching masih belum beroperasi.
Menurut Najib, sehingga kini, hotel dan pusat konvensyen yang sudah siap dan sepatutnya dibuka pada pertengahan tahun 2018.
“Hotel 237 bilik dengan pusat konvensyen yang terletak
berentangan dengan lapangan terbang Kuching ini sepatutnya dibuka pada
pertengahan tahun 2018.
“Saya diberitahu bahawa staf hotel telah direkrut dan dilatih pada awal tahun 2018 sebagai persediaan pembukaan hotel.
“Selepas PH menang, semua pekerja hotel yang telah dilatih
dibuang dan pembukaan hotel tersebut ditangguhkan sehingga hari ini,”
kata Najib.
Rekaan hotel tersebut melakar sejarah di peringkat global
apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Pembinaan
Hotel Baharu Terbaik Antarabangsa pada Disember 2017.
Najib mengesa pihak berkenaan agar memberi penjelasan
mengapa hotel tersebut masih lagi tidak dibuka dan adakah ia turut
tersenarai untuk dijual.
Sepatutnya dibuka tahun 2018 tetapi kini sudah Februari 2020, ianya masih belum bermula operasi untuk menjana pendapatan bagi Tabung Haji.
“Ini jelas satu pembaziran duit Tabung Haji. Apakah sebab hotel TH Kuching dibiarkan begitu sahaja?
“Adakah hotel yang sangat cantik ini sedang disediakan untuk dijual juga? Minta penjelasan,” kata Najib.-SM
No comments:
Post a Comment