Oleh Siti Fatimah Ishak
Dosa beri DAP kuasai politik negara, bakal hancurkan masa depan
BANGI –
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebuah pertubuhan Melayu dan Islam
sederhana menyambut baik pendirian UMNO menolak kerjasama dengan parti
tamak haloba, DAP sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu parti itu
menyertai gabungan berkenaan.
Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul
Rahman berkata, pendirian UMNO untuk tidak menerima DAP sebagai rakan
politik adalah selari dengan kehendak syariat Islam dan kepentingan
umat.
“Isma sokong keputusan UMNO tidak menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan PH selagi DAP menjadi rakan kongsi politik PH.
“Membawa DAP menguasai politik negara
adalah satu dosa, dan bakal menghancurkan masa depan negara,” katanya
dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya meletakkan tiga syarat kepada PH
sekiranya mahu parti itu menyertai gabungan yang diterajui Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Katanya, tiga syarat berkenaan adalah
menolak DAP sebagai rakan politik, selain membawa PAS bersama dalam
gabungan itu serta tidak membubarkan UMNO.
“Saya didatangi orang Dr Mahathir
baru-baru ini dan saya sebutkan tiga syarat ini sebagai pendirian parti
jika mahu jalin kerjasama.
“UMNO tidak akan sesekali tinggalkan PAS
yang kini menjadi rakan politik parti dan jangan lagi minta orang UMNO
sertai Bersatu dan akhirnya mahu bubarkan UMNO,” katanya.
Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah berharap
keputusan yang diputuskan bukan sekadar pendirian politik tetapi untuk
ummah, dan pimpinan UMNO perlu maklum hal berkenaan.
“Jika keadaan ini tidak diubah segera
negara akan berhadapan krisis besar yang tidak tertanggung oleh negara
dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan