Beliau berkata semua orang tahu Anwar bercita-cita menjadi perdana menteri dan orang ramai juga percaya Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan itu kepadanya.
“Semua orang tahu, ciumlah mulut 7 kali sehari pun,” katanya ketika berucap di perasmian mesyuarat perwakilan Umno Kuala Kedah.
Sementara itu, Zahid turut menolak sebarang kerjasama politik dengan Anwar selagi presiden PKR itu terus bersama dengan DAP.
“Saya sebut banyak kali sebab ramai orang tak faham,” katanya.
Beliau juga mengumumkan 3 syarat yang perlu dipenuhi Mahathir itu jika mahu parti-parti Melayu bergabung.
Pertama, PAS mesti dilibatkan dalam kerjasama itu, sebab “Umno tidak akan mengkhianati parti Islam itu lagi”.
Kedua, jangan bubarkan Umno, dan ketiga, jangan minta ahli Umno melompat parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan