Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali boleh kehilangan
jawatan yang disandangnya kerana tidak pernah hadir mesyuarat Majlis
Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik sejak pemilihan parti itu pada
November 2018, menurut bekas timbalan setiausaha agung PKR, P Jenapala.
Katanya, perlembagaan parti menetapkan seseorang pemimpin yang tidak hadir ke mesyuarat MPP sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan munasabah boleh dianggap telah meletakkan jawatan.
"Ya, saya boleh sahkan (peraturan parti ini). PKR memang ada perlembagaan untuk berbuat demikian.
Menurutnya lagi, seorang pemimpin yang tidak hadir ke mesyuarat MPP perlu memaklumkan kepada setiusaha agung parti.
"Bagi mesyuarat, setiausaha agung merupakan orang 'paling kuat'. Jadi, kena beritahu kepadanya," tambah beliau.
"Kehadiran (mesyuarat) Biro Politik kosong, kehadiran (mesyuarat) Majlis Pimpinan Pusat kosong," katanya ketika dihubungi Malaysiakini menerusi Whatsapp.
Saifuddin yang juga menteri kabinet berkata Azmin tidak pernah memberikan sebarang sebab atas ketidakhadirannya.
"Tidak pernah dinyatakan alasan."
Fasal
21.16 Pelembagaan PKR menyatakan: "Mana-mana ahli pimpinan pusat
mungkir menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat sebanyak tiga (3)
kali berturut-turut tanpa alasan alasan yang memuaskan akan disifatkan
sebagai meletakkan jawatan di dalam Majlis Pimpinan Pusat dan Majlis
Pimpinan Pusat berhak menguatkuasakan fasal ini'.
"Tanpa alasan? Mohon nyatakan sumber anda. Saya difahamkan beliau (Azmin) adalah menteri kanan dan sangat sibuk.
Menjelaskan kenyataannya hari ini, Edmund berkata ia dibuat dalam kapasitinya sebagai MP Segamat dan Anggota MPP PKR dan bukan sebagai timbalan setiausaha agung parti.
"Saya menjawab sebagai MP Segamat dan Ahli MPP, dan bukannya sebagai timbalan ketua setiausaha agung.
"Kerana soalan itu perlu dijawab oleh Presiden (PKR Anwar Ibrahim) mengikut konvensyan kerana melibatkan pimpinan tertinggi parti," katanya lagi.
Selanjutnya, Edmund juga berkata klausa (Fasal 21.16 Perlembagaan PKR) tidak pernah dipakai sebelum ini.
"Klausa ini, tidak pernah dipakai sebelum ini mengikut konvensyen, sebab biasanya mereka akan membuat panggilan kepada pengerusi (ataupun whatsapp) ataupun telah ada persefahaman di antara mereka.
"Maka, mohon jangan membuat sebarang keputusan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap," katanya.
Beliau turut menyifatkan pengesahan Saifuddin bahawa sebagai Azmin tidak hadir sejak 2018 tanpa memberi alasan cuma pendapat peribadi beliau.
"Itu merupakan pendapat beliau. Sejak pemilihan, presiden dan timbalan presiden masih dalam komunikasi. Saya ingat (hal) ini lebih atas (pemaklumannya) dari pangkat dia (setiausaha agung)," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan