Sabtu, 27 Julai 2019

5 dekad DAP lebih utama Cina’

siti hafidah  

 

Zaid Ibrahim akan lompat parti jika gagal jadi YB, dakwa Puad

BANGI– “Zaid Ibrahim kata 50 tahun adalah terlalu lama untuk Melayu semai ketakutan ke atas DAP. Kalau selepas tragedi 13 Mei 1969 tak apalah juga kata Zaid. Ini selama lima dekad.”

Demikian bidas Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjawab persoalan dibangkitkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bahawa orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP selepas tahun 1969.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu mempersoal Zaid, adakah beliau lupa dalam tempoh lima dekad itu sudah ada usaha untuk memurnikan DAP.

“Tanyalah Ku Li dan Ustaz Hadi. PAS ada pengalaman dengan DAP melalui Semangat 46-Ku Li. Kemudian PAS dengan DAP melalui PKR-Anwar. Tetapi kenapa PAS putuskan hubungan dengan DAP sebelum PRU ke-14?

“Zaid tidak pentingkan itu semua. Dia masuk DAP kerana mahu jadi calon dan menang. Tunggulah, kalau dengan DAP dia gagal jadi YB, dia akan masuk PPBM pula,” katanya.

Terdahulu Zaid menyifatkan, sifat takut kepada DAP berdasarkan premis bahawa parti majoriti Cina itu adalah ancaman kepada status quo orang Melayu dan Islam sudah lapuk.

Katanya, pemikiran sedemikian dapat difahami selepas peristiwa rusuhan kaum 1969 tetapi bukannya lima dekad kemudian.

“Seingat saya, lebih-lebih lagi selepas tahun 1969, orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP. Sejurus selepas 1969, itu boleh difahami tetapi 50 tahun kemudian?” soalnya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Puad berkata, perangai orang Melayu yang masuk DAP seperti Zaid, Wan Ji Wan Hussin, Dyana Sofya dan Norhizam Hassan Baktee menyebabkan orang Melayu semakin sangsi dengan DAP.

“Apatah lagi selama lima dekad, DAP tidak pernah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia. DAP lebih mengutamakan isu kaum Cina.

“Ada DAP bising apabila seorang murid prasekolah (SK) maut terjatuh daripada jambatan gantung yang tidak diselenggara di Lilingkuon Tongod Sabah. DAP pasti melalak jika ia membabitkan murid SJKC atau SJKT.

“DAP tidak lantang pun dalam kes Adib? Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock (tahanan SPRM) DAP membelanya hingga ke hari ini sampai mayat digali semula,” kata Puad.


Tiada ulasan: