Akta dipinda beri lebih ruang kepada hak kebebasan bersuara
KUALA LUMPUR
– Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019 bertujuan
menjadikan antara lain protes jalanan bukan lagi satu
kesalahan diluluskan Dewan Negara hari ini.
Ia
diluluskan pada sesi yang dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan
Negara, Datuk Seri Abd Halim Abd Samad selepas 18 senator mengambil
bahagian dalam sesi perbahasan.
Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, ketika membentangkan RUU
itu untuk bacaan kali kedua, berkata Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu
dipinda bagi memberi lebih ruang kepada hak kebebasan bersuara dan
berhimpun secara aman selaras Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu
kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
“Selain
itu pindaan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH)
untuk mengimbangi keperluan antara hak asasi manusia dan sistem
penyampaian kerajaan,” katanya.
Pindaan
RUU yang diluluskan Dewan Rakyat pada 4 Julai itu juga bertujuan
memendekkan tempoh mengemukakan notis pemberitahuan bagi sesuatu
perhimpunan daripada 10 hari kepada lima hari sebelum tarikh
perhimpunan.
Ketika
menggulung perbahasan, Mohd Azis berkata pindaan ini juga selaras
komitmen PH dalam menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14
antara lain untuk memansuhkan dan meminda undang-undang yang dianggap
zalim.
Dalam
pada itu, beliau berkata kerajaan tidak bercadang memberi kuasa kepada
anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk mengawal perhimpunan
aman.
“Jika
berlaku kekecohan, pasukan Rela tiada kuasa seperti Polis Diraja
Malaysia untuk ambil tindakan seperti menyuraikan perhimpunan atau
membuat tangkapan,” jelasnya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan