Ahad, 28 Julai 2019

Pasangan warga emas mati akibat tikaman berganda

siti hafidah

 

Motif kejadian pembunuhan suami, isteri di Nilai masih disiasat

SEREMBAN – Pasangan suami isteri warga emas yang disyaki dibunuh dalam kejadian di Taman Desa Melati, Nilai, dekat sini, Rabu lepas, mati akibat tikaman berganda, kata Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar.

Beliau berkata, hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, semalam, mendapati punca kematian Tan Kim Joo, 73, dan isterinya, Ng Chong Hwa, 67, adalah disebabkan kecederaan parah akibat tikaman berganda.

“Pihak polis kini dalam usaha menjalankan siasatan selanjutnya termasuk mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, polis telah menahan empat individu berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, polis menemui mayat suami isteri itu dengan beberapa kesan tikaman dan kelar, dipercayai dibunuh, sebelum rumah mereka dibakar. – Bernama


Tiada ulasan: