Sokongan terhadap PM penting jamin kestabilan politik
BANGI– Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai konsensus baharu bagi
mengekalkan Tun Dr Mohathir Mohamad sebagai perdana menteri, kata Ahli
Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau
berkata demikian merujuk kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang
menyokong supaya Dr Mahathir dikekalkan sebagai perdana menteri sehingga
tamat penggal.
Mohd Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS menyifatkan dukungan itu sebagai perkembangan yang amat positif.
“Memandangkan
peralihan daripada Tun M kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
perdana menteri dalam tempoh 2 tahun dikatakan sebagai konsensus PH
sebelum ini, sehinggakan Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat penegasan
semula mengenainya pada Februari lalu.
“Konsensus
itu menyebabkan pemimpin kerajaan dan PH tidak berani untuk memberikan
sokongan kepada Tun M supaya terus berkhidmat sebagai perdana menteri
sehingga pilihan raya umum berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.
Terdahulu,
Azmin dilaporkan senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
yang menegaskan Tun Dr Mahathir harus memimpin negara sehingga ke akhir
penggal.
Timbalan
Presiden PKR itu berkata, kepimpinan Dr Mahathir diperlukan bagi
memastikan usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan
dengan segera.
Mengulas
lanjut perkara itu, Mohd Khairuddin berkata, sokongan semua parti
terhadap Dr Mahathir dan pengekalan beliau sebagai perdana menteri
sehingga berakhir penggal adalah amat penting bagi menjamin kestabilan
ekonomi dan politik negara.
“Jika
gabungan pembangkang boleh memberikan sokongan kepada Tun M, PH
lebih-lebih lagi patut berjiwa besar dan bersikap objektif mengenainya,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan