KUALA LUMPUR– Reman terhadap seorang peguam dan seorang Timbalan Pendakwa Raya
(DPP) yang ditahan kerana disyaki terbabit rasuah, membabitkan pendatang
tanpa izin dilanjutkan selama dua hari dan berakhir esok.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM
(Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, enam anggota polis yang sebelum
ini direman untuk membantu siasatan, dibebaskan hari ini.
“Saya hanya boleh mengesahkan tempoh
reman seorang peguam dan seorang timbalan DPP dilanjutkan, manakala enam
polis yang ditahan pula dibebaskan,” katanya kepada pemberita selepas
ditemui pada majlis perasmian Bengkel Serantau Mempromosi Ketelusan
Pemunya Benifisiari di sini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM
Latheefa Kota menyifatkan kes itu dan penahanan peguam serta timbalan
DPP berkenaan, sebagai sesuatu yang serius.
Pada 20 Julai lepas, enam anggota polis
dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor dan masing-masing seorang
timbalan DPP dan peguam ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes
berkenaan. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan