MALAYSIAKINI
Seorang ulama kanan PAS mempersoalkan sikap agamawan PH tidak membuat laporan kepada polis berhubung isu pengguna Facebook memuat naik hantaran menghina Islam.
Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, bertanya di mana tokoh kanan dalam kerajaan, terutama Amanah, yang tidak muncul membuat aduan polis.
"Mana Mujahid, mana Mat Awang dan mana Ghani Shamsudin? Mana Wan Ji dan mana ustaz-ustaz Ruhama dalam isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Berapa buah balai dah kamu pergi buat report?" soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Ahmad dan Abdul Ghani juga pernah menjadi yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia.
Cukup jadi khadam DAP
Semakan di Facebook pula menunjukkan kali terakhir akaun berkenaan dikemas kini ialah pada 2015.
Mokhtar juga menyelar keras pemimpin PH kerana tidak bertindak mengikut apa yang wajar pada pandangannya.
"Ustaz Ruhama Pahang mana? Kalau pasal PAS, kamu berkokok macam ayam jantan. Apabila kena batang hidung PH, kamu jadi tikus pondan.
"Ke, kamu ada nabi lain selain Nabi Muhammad? Cukup-cukuplah jadi khadam DAP," katanya.
Untuk rekod Polis Diraja Malaysia tidak menjalankan siasatan sesuatu kes bergantung kepada jumlah aduan atau laporan yang dibuat kepada mereka.
Dalam banyak keadaan, siasatan boleh dijalankan hanya dengan satu aduan saja.
Malaysiakini semalam melaporkan, Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang membuka kertas siasatan susulan 11 laporan diterima berkaitan kes menghina Nabi Muhammad itu.
Menurut Ketua Polis Dearah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang, siasatan awal mendapati pengguna Facebook yang menggunakan nama Wendy Loong memuat naik satu gambar yang dikatakan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan