Skim pembayaran dinilai ikut kriteria yang ditetapkan
PUTRAJAYA
– Kabinet hari ini bersetuju memperkenalkan semula pembayaran elaun
kepada pelatih (intern) yang berkhidmat di bawah kerajaan, kata Menteri
Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Kewajipan
membayar elaun ini akan merujuk kepada pekeliling yang akan
dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan,” katanya dalam
kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Kementerian Belia dan Sukan
serta dikongsi di laman sosial miliknya.
Syed
Saddiq berkata, skim pembayaran kepada pelatih akan dinilai mengikut
beberapa kriteria yang akan ditetapkan dan ia akan dilaksanakan bagi
kemudahan pelatih.
“Ini
adalah permulaan kepada dasar untuk mewajibkan latihan berbayar (paid
internship) dan saya berharap ia akan ditetapkan sebagai satu standard
di Malaysia yang merentasi sektor awam dan swasta,” katanya.
Syed Saddiq baru-baru ini dilaporkan berkata akan membangkitkan isu latihan praktikal berbayar pada mesyuarat Kabinet.
Dalam
pada itu, Syed Saddiq berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas Kabinet bagi
membincangkan isu berkaitan anak muda. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan