Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menolak undangan Najib Razak baginya untuk menyertai Umno dan menganggapnya sebagai tidak lebih daripada jenaka.
Tanpa menapis kata-katanya, Lim berkata "hanya kleptokrat gila" akan menyertai Umno ketika ini sedangkan parti itu masih “gagal membersihkan diri daripada kleptokrasi global".
"Atas sebab ini, saya bukan kekurangan integriti atau kewarasan untuk menerima tawaran Najib," katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Semalam, Najib mengisi borang keahlian Umno untuk pemimpin DAP berkenaan. Malah, bekas perdana menteri itu menuliskan namanya sendiri sebagai pencadang dalam borang berkenaan yang dikongsi di Facebooknya.
Sindiran Najib itu dibuat selepas Lim mempersoalkan kepulangan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno selepas bercuti enam bulan.
Sementara itu, pemimpin veteran DAP itu, dalam kenyataan medianya, turut menyoal Najib jika Umno telah membersihkan diri dari kleptokrasi global dengan Zahid sebagai peneraju parti itu.
"Macam mana Zahid yang berdepan 87 pertuduhan berkaitan dengan rasuah, pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah, iaitu lebih 45 tuduhan daripada apa yang dihadapi Najib sendiri boleh memimpin?
“Zahid mencipta rekod kebangsaan baru sebagai rakyat Malaysia yang berdepan paling banyak tuduhan rasuah di mahkamah," katanya.
No comments:
Post a Comment