KANAK-KANAK Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang pagi semalam ditemui lemas, awal pagi, hari ini.
Mangsa, Intan Nur Syiffa Aleya Musliha, 6, dari Kampung Lela, Kuala Pegang, di Baling, ditemui tersangkut pada akar buluh di Sungai Ketil, di sini pada 1.30 pagi.
Ketua Balai Bomba Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima maklumat mangsa hilang dari polis selepas keluarga Nur Syiffa membuat laporan kerana tidak pulang sejak tengah hari.
“Difahamkan mangsa yang juga bisu dan hiperaktif, sering bermain di luar rumah dan keluarganya tidak menyangka dia ke sungai berdekatan.
“Kerja mencari dan menyelamat mangsa dijalankan bersama penduduk kampung sebelum menemuinya tersangkut pada akar buluh pada 1.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, operasi mencari itu mengambil masa hampir 12 jam selepas laporan diterima.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Berita berkaitan
• Kanak-kanak OKU hilang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan