Khamis, 2 Mei 2019

Rasuah: Ahli Parlimen Sabah dan isteri ditahan

Astro Awani
Rasuah: Ahli Parlimen Sabah dan isteri ditahan
Isteri ahli Parlimen itu, seorang selebriti, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini di Kota Kinabalu.

Individu bergelar Datuk berusia 59 tahun itu ditahan antara pukul 10 dan 11 pagi di pejabat SPRM Sabah.

Sementara isterinya, seorang selebriti tanah air, turut ditahan pada waktu yang sama.

Bagaimanapun, isterinya, 41 tahun, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber memberitahu, Ahli Parlimen itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam salah laku rasuah ketika menjawat jawatan pengerusi sebuah agensi kerajaan.

Manakala isterinya, ditahan atas kesalahan bersubahat.

"Bagaimanapun kedua-dua mereka dibebaskan selepas dirakam keterangan. SPRM akan menjalankan pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta dalam waktu terdekat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Sementara itu, The Star melaporkan, keduanya dijangka didakwa di mahkamah pada Jumaat (3 Mei).

Tiada ulasan: