Cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jelas mengecewakan rakyat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cadangan itu jelas bertentangan dengan perjuangan PH yang konon melaungkan pendidikan percuma serta menghapuskan PTPTN sehingga rakyat terpedaya dengan janji kosong sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.
“Saya rasa itu sudah lari daripada janji manifesto mereka untuk meringankan bebanan rakyat termasuk kalangan orang muda.
“Kata nak menuju ke arah pendidikan percuma tetapi, cadangan PTPTN bercanggah dengan apa yang diperjuangkan PH. Kita biarkan sahajalah… kerana mereka berkuasa, InsyaAllah rakyat akan dapat menilai,” katanya kepada media selepas mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di Terengganu pada Jumaat.
Terdahulu, Semalam, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PTPTN, Mastura Mohd. Khalid dilaporkan berkata agensi tersebut mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Katanya, PTPTN juga sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan