Hishammuddin memberitahu FMT, perkara itu sepatutnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan,” kata ahli Parlimen Sembrong itu.
Beliau memberi maklum balas terhadap laporan FMT semalam berhubung pembelian 6 helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS) oleh pentadbiran lepas.
Helikopter itu akan dihantar dalam 2 kumpulan dengan kumpulan ke-2 dijadualkan tiba tahun lepas.
Hishammuddin berkata beliau tidak mempunyai banyak butiran berhubung perjanjian itu, tetapi berkata ia merupakan usaha komersial.
Beliau berkata jika dakwaan itu benar, Kementerian Pertahanan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
“Jika apa-apa, maka kementerian pertahanan hanya perlu menyaman syarikat itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan