Anwar, yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata, perdana menteri ketika ini meletakkan beberapa agensi kerajaan dalam kedudukan asas yang baik bagi memastikan ekonomi negara semakin baik.
“Selepas kita (Pakatan Harapan (PH)) menang tahun lepas baru kita sedar keadaan ekonomi negara terlalu teruk… ini bukan politik, tetapi kenyataan yang benar dan rakyat semua perlu tahu.
“Saya yakin mudah-mudahan dalam 1-2 tahun ini Dr Mahathir dapat pulihkan ekonomi negara dan seterusnya dapat meneruskan agenda membantu rakyat,” katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Falah, Permatang Pasir, dekat sini.
Turut hadir ahli mesyuarat kerajaan negeri Dr Afif Bahardin dan Abdul Halim Hussain serta 500 orang, termasuk penduduk kampung hadir berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih bersama Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan