Tuesday, February 5, 2019

Wayang DAP lantik ‘penderhaka negara’ jadi CEO MCBC

siti hafidah

Hew Kuan Yau masih kempen untuk DAP walaupun keluar parti



BANGI – “Rakyat Malaysia bukan buta. DAP ini nak terus menipu sehingga bila? Ramai nampak Hew terus menjadi penceramah DAP utama di mana-mana kempen dan acara DAP sehingga PRU14.

“Mengakulah sahaja yang Hew telah banyak berjasa kepada DAP untuk menghasut rakyat untuk benci BN. Malu apa?”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai semalam bahawa pelantikan ‘Superman’ – bekas ahli parti tamak haloba sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC), bukan lantikan politik.

Semalam, media tempatan melaporkan, Tan menegaskan pelantikan Hew Kuan Yau sebagai CEO MCBC bukan bersifat lantikan politik berikutan Hew tidak ada lagi apa-apa kaitan dengan DAP.

Membidas kenyataan itu, Najib berkata, ramai tahu tindakan Hew keluar daripada DAP pada 2016 hanya satu lagi wayang DAP untuk mengelak parti itu dikaitkan dengan pendirian Hew yang dikecam sebagai menderhaka kepada negara.

“Dia kata Hew sangat layak untuk memimpin agensi kerajaan yang tolong jaga hubungan perdagangan dua hala dengan China bernilai ratusan bilion ringgit setiap tahun.

“Tan Kok Wai juga tegas bahawa Hew tidak ada lagi apa-apa kaitan dengan DAP. Siapa yang akan percaya?” soal Najib menulis di Facebook beliau.

Pelantikan Kuan Yau itu menjadi kontroversi di media sosial kerana dia sebelum ini lantang mengecam pelbagai pihak terutama Barisan Nasional.

Dalam salah satu ceramahnya, dia juga pernah menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai manusia jahat, dan mengecop Perdana Menteri sebagai Shek Kin iaitu watak Cina yang terkenal dengan kejahatannya.

Dia pernah mengeluarkan kenyataan dalam Facebooknya pada Julai 2016 menyatakan ‘Laut China Selatan dimiliki oleh negara China’. Tetapi, sehari selepas diangkat menjadi CEO MCBC, Kuan Yau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.


No comments: