KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat spekulasi bahawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat hanya bertujuan menimbulkan ketegangan.
Katanya, perkara itu sudah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, oleh itu, pihak media diminta agar tidak melayani isu itu lagi.
“PM dah jelaskan. Tak usahlah layan sangat khabar-khabar angin. Saya pergi tengok dia (Mohamed Azmin) selepas pembedahan tadi dan keadaan dia okey," katanya.
Mohamed Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, kini sedang berehat di rumahnya selepas dilaporkan menjalani pembedahan di pundi hempedu.
“Perkara ini tidak berbangkit. Tak dibangkitkan oleh dia atau pun oleh sesiapa. Ia sengaja dihangatkan untuk menimbulkan ketegangan,” kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.
BACA: Tiada rombakan kabinet - Tun M
BACA: Anwar, Azizah luang masa lawat Azmin
Beliau ditemui pada sidang media selepas berucap pada pembukaan Seminar Antarabangsa Pemikiran Islam Semasa dan Reformasi Masyarakat bertemakan Perspektif Geo-Budaya di sini malam tadi.
Seminar itu diadakan di Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
BACA: Wan Azizah tidak tahu Azmin Ali bakal TPM
BACA: Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri? Mungkin tidak... - Penganalisis
TONTON: PM lantik Azmin Ali sebagai TPM, hanya cuit-cuit politik
Pada Selasa, spekulasi berhubung pelantikan Mohamed Azmin sebagai TPM bertiup kencang selepas sebuah blog mendakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu akan bertukar portfolio selepas sambutan Tahun Baharu Cina.
Pada Rabu, Dr Mahathir menafikan akan ada rombakan kabinet dalam jangka masa terdekat.
No comments:
Post a Comment