Saturday, February 23, 2019

SIMBAH CAT : HARAP TIDAK BERULANG – CALON BN


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi berharap kejadian kereta disimbah cat tidak berulang lagi kepada beliau mahupun mana-mana ahli BN atau PAS.

Katanya dalam perkembangan politik yang konon menuju Malaysia Baru, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Kita zaman sudah maju dan perkara-perkara ini sudah kebelakangan, tidak perlu rasanya terjadi hal-hal seperti ini

“Laporan polis sudah dibuat dan kita tunggu sahajalah siasatan daripada pihak polis,” katanya kepada media usai mengadakan sesi walkabout bersama pengundi Semenyih sekitar Bandar Bukit Mahkota pada Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan insiden sebuah kereta milik pembantu calon BN, Rahmad Musa, 55 yang juga bekas ADUN Semenyih, disimbah dengan cat berwarna kelabu ketika berkempen di Kampung Rinching Hulu, Semenyih pada malam Khamis.

Rahmad membuat laporan di Balai Polis Semenyih ekoran kejadian tersebut.


No comments: