Sunday, February 3, 2019

PREMIUM TANAH : BUKTI PH TAMAK – ISHAM JALIL


Peningkatan harga premium rumah yang melampau menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya mementingkan diri dan tidak serius dalam menangani masalah pemilikan rumah yang dialami rakyat.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Dr. Isham Jalil berkata kerajaan PH sengaja meningkatkan nilai premium rumah bagi meningkatkan hasil pendapatan tanpa memikirkan impak kepada rakyat yang terpaksa menanggung bebanan tersebut.

“Di Selangor rumah mahal sebab premium tanah tinggi, mereka sudah naikkan sebanyak 400 peratus, premium ini dikenakan kepada pemaju, maka pemaju tidak boleh berbuat apa-apa selain memindahkan bebanan tersebut kepada pembeli.

“Di negeri pimpinan Barisan Nasional dahulu termasuk Wilayah Persekutuan, kita tak naikkan premium tanah sampai 400, 500 peratus,

“Tapi semenjak 2008 mereka telah naikkan (harga tanah di Selangor), di Pulau Pinang lebih teruk dinaikkan sehingga mencapai 1800 peratus premium tanah,” katanya melalui rakaman video dikongsi di laman sosial beliau pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Isham berkata nilai tanah yang menyebabkan peningkatan harga rumah telah mengakibatkan rakyat terutamanya golongan muda gagal memiliki rumah idaman mereka di negeri-negeri yang dikuasai PH.

“Sekarang mana ada rumah teres RM150,000 di Selangor akibat premium terlampau tinggi. Contoh tempoh lalu kita mahu bina balai bomba di Tanjung Karang yang bersebelahan dengan Hulu Selangor di Ijok, harga balai bomba RM4 juta, premium tanah mencecah RM5 juta, jadi kalau infrastruktur awam begini mereka (PH) cas setinggi itu, berapa pula harga rumah?,” soal beliau.

Mengulas lanjut, Isham berkata kerajaan PH boleh menyelesaikan masalah perumahan rakyat dengan membina rumah mampu milik di atas tanah sebesar 880 ekar di Ijok yang dimiliki kerajaan negeri Selangor.

“880 ekar ini kita boleh bina 10,000 rumah mampu milik untuk rakyat, bukan sekadar masyarakat India di Ijok.

“…Tapi dia tak buat begitu sebab dia tamak, sebab kalau dia buat rumah mampu milik, dia tak boleh kutip premium tanah yang tinggi dan cukai taksiran yang tinggi, jadi mereka tidak serius untuk selesaikan masalah rakyat,” jelas beliau.


No comments: