Sunday, February 3, 2019

Fitnah dakwa Dr M bayar Sarawak Report, kata Khairuddin

MALAYSIAKINI

   

Aktivis politik, Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah membayar yuran guaman editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Khairuddin merujuk kepada suatu poster yang memaparkan dakwaan berkenaan yang menyebut sumber maklumat datang daripada dirinya.

Beliau mempersoalkan masa poster itu disebarkan. Poster itu juga mendakwa Mahathir membayar Rewcastle-Brown sebanyak RM10 juta bagi mengeluarkan bahan pada laman web Sarawak Report.

Khairuddin turut menyifatkan poster itu sebagai "fitnah" dari golongan "yang sudah bankrap buah fikiran."

"Poster palsu ini diviralkan di saat Abdul Hadi Awang sudah kecut perut dan mohon penyelesaian saman Sarawak Report di luar mahkamah.

"Kenapa Haji Hadi Awang minta penyelesaian di luar kamar mahkamah sekiranya selama ini parti PAS mendakwa Clare Brown memfitnah mereka?," Soalnya dalam suatu kenyataan hari ini.

Tak perlu balik artikel

Khairuddin merujuk keputusan PAS untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah selepas memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown mengenai tulisan yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada BN.

Rewcaslte-Brown berkata beliau tidak perlu menarik balik artikel berkenaan walaupun saman PAS telah diselesaikan di luar mahkamah.

"Clare brown seorang aktivis yang berprinsip dan tidak pernah menerima upahan dari sesiapapun.
Duit dia sendiri pun mungkin makan dah tak habis.

"Hari ini merupakan kemenangan buat Sarawak Report kerana setiap penulisannya itu mempunyai asas serta fakta yang kukuh," katanya.

PAS menjelaskan tindakan menyelesaikan kes saman itu di luar mahkamah kerana kos guaman yang tinggi dan tidak mahu "membebankan" anggotanya.


No comments: