Polis menerima
laporan daripada seorang individu 50 tahun mendakwa berhala Taoisme
Datuk Gong kepunyaannya hilang.
Laporan itu dibuat
pada masa hampir sama dengan kekecohan isu Datuk Gong ditemui di
sebuah surau, tidak jauh dari rumahnya.
“Kali terakhir
pengadu lihat berhala itu kira-kira jam 4 petang semalam selepas dia
membersihkan.
“Jarak dari
rumah pengadu ke surau kira-kira 50 meter,” kata Ketua Polis Daerah
Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.
Menurut laporan
polis, berhala yang bernilai kira-kira RM300 diletakkan di luar
rumahnya, dekat dengan pintu depan yang tidak berkunci.
Penduduk Taman
Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang sebelum ini dikejutkan dengan
penemuan berhala itu yang didakwa seolah-olah menghina ajaran Islam.
Ia diletakkan
bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda petang semalam
oleh pihak yang belum dikenal pasti.
Sementara itu,
polis berkata mereka menyiasat perbuatan itu bawah Seksyen 295 Kanun
Keseksaan, berkaitan perbuatan mencemarkan tempat sembahyang dengan
niat mencemarkan sesuatu agama.
No comments:
Post a Comment