Friday, June 1, 2018

PEMILIHAN UMNO : PENCALONAN DIBUKA KHAMIS




Pendaftaran bagi pencalonan untuk pemilihan UMNO bagi semua jawatan dalam parti bermula esok.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pemilihan kali ini menggunakan konsep lebih terbuka.

“Tak payah orang nak calonkan. Semua jawatan di peringkat tertinggi kita tawarkan diri kita sendiri.

Begitu juga di peringkat Bahagian sebagaimana saya di bahagian Putrajaya, saya akan isi borang dan saya hantar kepada Sekretariat Pemilihan Bahagian yang kemudian akan disemak dan menghantar ke Ibu Pejabat untuk menyemak kelayakan pencalonan.

“Begitu juga diperingkat pusat, kita ada jawatankuasa dan sekretariat pemilihan. Kita akan melihat borang-borang yang dihantar dan meneliti calon-calon yang menawarkan diri.” katanya yang dipetik sebuah portal berita.

Menjelaskan perkara itu Tengku Adnan berkata terdapat tiga kaedah yang boleh digunapakai iaitu. Pendaftaran secara online bermula 1 Jun sehingga 17 Jun.

“Cara kedua ialah bagi mana-mana pendaftaran online yang tidak berjaya mereka boleh membuat pendaftaran melalui Pejabat UMNO Bahagian.

“Selain itu, borang pendaftaran juga boleh dimuat turun dan dihantar ke Ibu Pejabat bermula 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang pada 17 Jun,” katanya.

https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/2482772378415162/


No comments: