BACHOK – Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada musim haji tahun ini.
Ketua Pengurusan Strategik dan Transformasi Tabung Haji, Affan Mohd Nawi berkata, jemaah paling ramai ialah dari jajahan Kota Bharu yang merupakan 60 peratus daripada jemaah haji dari Kelantan.
“Penerbangan pertama bagi musim haji tahun ini ialah pada 14 Julai manakala penerbangan akhir telah ditetapkan pada 14 Ogos,” katanya pada majlis perasmian Kursus Perdana Haji oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini, malam tadi.
Affan berkata kesemua jemaah haji Kelantan akan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Arab Saudi.
Beliau berkata penerbangan pulang pertama ke tanah air dijangka pada 27 Ogos dan terakhir 24 September. - Bernama
No comments:
Post a Comment