Saturday, June 2, 2018

Harga rokok kekal walaupun 0% GST

 
Kementerian Kewangan berkata, hasil tembakau ialah produk membahayakan kesihatan dan penurunan harga runcitnya ialah satu bentuk promosi secara tidak langsung.





PETALING JAYA: Harga jualan runcit hasil tembakau, termasuk rokok tidak turun walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditetapkan pada 0%.

Kementerian Kewangan berkata, hasil tembakau ialah produk membahayakan kesihatan dan penurunan harga runcitnya ialah satu bentuk promosi secara tidak langsung.

“Ia juga bertentangan Peraturan 5A, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan berkata, pengekalan harga runcit hasil tembakau sejajar komitmen antarabangsa di bawah Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Badan itu mengiktiraf langkah percukaian dan melaksanakan mekanisme kawalan harga adalah berkesan dalam menurunkan permintaan terhadap hasil tembakau.”

Putrajaya melaksanakan 0% GST mulai semalam dan ia akan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai September ini

No comments: