Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: PAS bertegas parti itu tidak akan keluar meninggalkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
berkata PAS sememangnya perlu kekal dalam pentadbiran negeri kerana
kerajaan yang terbentuk itu adalah hasil pencapaian bersama dari tiga
parti pada pilihan raya umum lepas.
"Ia tiada kaitan dengan usul yang dibuat di peringkat parti untuk
memutuskan hubungan dengan PKR. Itu dari sudut hubungan umum antara PAS
dan PKR tetapi untuk kerajaan negeri itu adalah hak milik bersama.
"Kenapa perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor? Itu hak kita, rumah
kita kenapa nak bagi kepada orang," katanya ketika dihubungi Antarapos,
hari ini.
Khairudin mengulas kenyataan yang dibuat Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali beberapa hari lepas supaya PAS terus kekal dalam
kerajaan negeri meskipun wujudnya desakan supaya parti itu meninggalkan
pentadbiran Selangor.
Dalam pada itu ujarnya, pendirian Azmin itu ekoran menyedari peranan yang dimainkan PAS dalam kerajaan negeri.
"Azmin juga sedar bahawa dia juga takkan menyandang jawatan sebagai
Menteri Besar tanpa PAS dan tidak mungkin menang tanpa undi PAS.
"PKR tidak boleh bercakap dengan nada yang sombong kerana PRU akan datang sangat jauh berbeza dengan PRU lepas," katanya lagi.
Mengulas bersabit usul yang diluluskan beberapa PAS kawasan untuk
memutuskan hubungan dengan PKR, kata Khairuddin, usul itu akan
diputuskan oleh Majlis Syura Ulama pada muktamar parti hujung bulan ini.
"Usul itu kita mengusulkan. Belum diputuskan lagi, akan masuk muktamar
kemudian nanti akan diputuskan oleh Majlis Syura. Prosesnya masih lagi
panjang. Apapun, proses itu akan melibatkan strategi untuk PRU ke-14.
"Adakah Selangor perlu kekal dalam kerajaan dan PAS perlu kekal dalam
kerajaan negeri Selangor kerana itu adalah hak PAS," katanya.
No comments:
Post a Comment