MALAYSIA DATELINE
Pas meminta kerajaan mengkaji semula Akta Membaharui Undang-undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dengan menubuhkan
jawatankuasa khas untuk merangka dan mengemukakan penyelesaian yang
lebih adil, menyeluruh dan inklusif.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawatankuasa ini
perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada
kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain.
"Jawatankuasa ini juga perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil,
pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak
yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Akta 164 dalam proses untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan hak kekeluargaan orang
Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan
pengagihan harta.
Ahli parlimen Marang itu berkata, kesan keseluruhan Akta 164 adalah
sangat serius kerana membabitkan kebebasan umat Islam untuk mengamalkan
agama mereka.
"Akta 164 memberi kesan terhadap kebebasan umat Islam untuk
mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan
daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan
keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara
kita," katanya.
No comments:
Post a Comment