"Pelaksanaannya pasti menyumbang ke arah meningkat keregangan pendapatan di antara rakyat yang miskin dan kaya. Kenyataan tersebut diakui semua pakar ekonomi.
"Walaupun dari sudut ekonomi, tatkala pendapatan daripada hasil minyak mentah negara semakin berkurangan akibat harga minyak mentah dunia yang tidak meningkat, GST mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaanadbir kerajaan tidak diperbaiki.
"Jika rasuah semakin menjadi-jadi; jika ketirisan dan pembaziran dari projek-projek kerajaan tidak dikurangkan secara sistematik dan menyeluruh.
"Apa guna pendapatan kerajaan dari GST meningkat tahun demi tahun jika pendapatan rakyat tidak meningkat?
"Jika lebih 10% anak muda yang boleh bekerja tidak dapat mencari kerja? Jika setiap bulan bila ke pasar jumlah yang boleh dibeli dengan RM100 semakin berkurangan?," soalnya dalam satu kenyataan semalam.
Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau mengulangi gesaannya bahawa sebelum melaksanakan cukai tambahan terhadap rakyat, kerajaan BN harus menghentikan amalan boros dan ketirisan yang telah dikenalpasti dalam laporan tahunan Ketua Audit Nagara.
"Yang menelan puluhan billion ringgit adalah amalan pembidaan tanpa tender dan rasuah yang berleluasa.
"Pendirian kami di Keadilan dan di Pakatan Harapan adalah perlaksanaan GST harus dibatalkan dengan menggunakan kadar sifar sementara menghentikan amalan boros, membanteras rasuah serta merangka sistem puncukaian progresif yang menjaga kepentingan rakyat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment