Tuesday, April 18, 2017

Amaran ribut petir di perairan Perak, S’gor, NS, Melaka dan Sabah

 Borneo Post

Keadaan ribut petir itu berbahaya bagi aktiviti laut dan bot-bot kecil

KUALA LUMPUR: Keadaan ribut petir di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah (pedalaman dan pantai barat) diramal berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan serupa diramal berlaku di perairan Selat Melaka dan Labuan dan dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

Keadaan itu berbahaya bagi aktiviti laut dan bot-bot kecil.-Bernama

No comments: