AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Datuk Bandar Kuala
Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata pihak penganjur
himpunan itu ada bertemu dengan DBKL bagi memohon kebenaran menggunakan
Dataran Merdeka bagi tujuan itu. - Foto TRP/Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak
memberikan kebenaran kepada penganjur perhimpunan Bantah Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menggunakan Dataran Merdeka sebagai
lokasi himpunan tersebut.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin
Nordin Abdul Aziz berkata pihak penganjur himpunan itu ada bertemu
dengan DBKL bagi memohon kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi
tujuan itu.
“Kami sudahpun berbincang dengan
penganjur himpunan Bantah TPPA. Bagaimanapun, DBKL tidak memberikan
sebarang kebenaran untuk mereka berhimpun di Dataran Merdeka pada Sabtu,
23 Januari 2016.
“Sebaliknya, kami beri kebenaran kepada
mereka untuk mengadakan bantahan di Padang Merbok, Kuala Lumpur,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mhd. Amin Nordin berkata, penganjur himpunan itu pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan lokasi yang dibenarkan DBKL.
“Mulanya
mereka tidak bersetuju tetapi saya diberitahu yang kini mereka setuju
menggadakan himpunan itu di Padang Merbok,” katanya.
Jelasnya, pihak penganjur juga
dikehendaki membayar deposit sebanyak RM10,000 bagi memastikan keadaan
insfrastruktur di lokasi tersebut dijaga dengan baik.
“Selepas kami pastikan keadaan
insfrastruktur di Padang Merbok dalam keadaan baik selepas himpunan itu
diadakan, barulah deposit itu akan dipulangkan semula kepada pihak
penganjur,” katanya.
Himpunan yang anjuran badan bukan
kerajaan (NGO) Bantah TPP, Gabungan Mahasiswa dan Kongres Rakyat ini
dijangka dihadiri seramai 20,000 peserta bermula jam 2.00 petang hingga 5
petang.
No comments:
Post a Comment