ALOR SETAR: Sekumpulan kecil penyokong, dikatakan pro-Mukhriz Mahathir
mengadakan protes secara aman di luar pusat khidmat Adun Bakar Bata di
Seberang Jalan Putera di sini.
Mereka menyuarakan kekecewaan dengan memegang sepanduk dan plakad,
membantah tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Kumpulan yang mendakwa mereka sebagai penduduk di Pokok Sena itu turut
menyuarakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk
terus menjadi Menteri Besar.
Bantahan yang bermula pada pukul 11.05 pagi itu hanya bertahan kira-kira lima minit.
Pada 20 Januari, ketua Umno bahagian dan ketua-ketua Pergerakan Wanita,
Pemuda dan Puteri negeri mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan
bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz.
No comments:
Post a Comment