SM AMIN
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perdebatan
mengenai isu dana RM2.6 bilion dan dua kes membabitkan kes SRC
International perlu dihentikan terutamanya di media sosial. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Semua pihak harus menghormati keputusan
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengenai tiga kertas siasatan
terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Azalina Othman Said berkata perdebatan mengenai isu dana RM2.6
bilion dan dua kes membabitkan kes SRC International perlu dihentikan
terutamanya di media sosial.
“Di bawah Perkara 145(3), Peguam Negara
mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk
memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi
kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak
Negeri atau Mahkamah Tentera.
“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada
Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar
atau digantikan oleh mana-mana kuasa termasuk Mahkamah.
“Dalam
erti kata lain, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan
Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak
mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
Apandi dalam satu kenyataan pada Selasa memutuskan Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung ketiga-tiga kes berkenaan.
“Keputusan Peguam Negara dibuat setelah meneliti laporan yang dikemukakan daripada pelbagai sudut.
“Oleh itu semua pihak termasuk SPRM perlu patuh kepada keputusan tersebut,” tegasnya.
1 comment:
Post a Comment