Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat
pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal
moral, etika dan agama.
Negara Malaysia (Tanah Melayu) pernah digelar Suvarnaboomi (tanah emas) suatu masa dahulu dan saya percaya ia masih lagi kekal sedemikian. Kerana emaslah semua orang berselisih faham dan memporak-perandakan negara, demi mencari peluang merompak emas tersebut.
Tetapi kita bukan lagi emas tulen, kita sudah dicemar campuran. Kita seperti terkena sumpahan! Kita ada pemimpin yang terpalit dengan kontroversi membabitkan wang derma dan syarikat pelaburan; kita ada pemimpin yang menjadi bahan jenaka sebaik sahaja buka mulut; kita ada pemimpin yang langsung tidak ingat sengsara rakyat; tidak dilupakan pemimpin yang ‘merompak’ kebahagiaan rakyat. Tak kisahlah pemerintah atau pembangkang, semua pun sama sahaja.
Rakyatnya pula, tiada apa-apa yang boleh dibela kerana mereka juga semakin agresif dan ganas. Lihat sahaja atas jalan raya.
Rakyat kita juga sudah menjadi semakin rasis dan amat pentingkan diri sendiri, mereka terlalu mengejar duit hingga lupa soal moral, etika dan agama. Yang beragama pula, mereka sepatutnya sangat bertoleransi, tetapi di sini berlaku di sebaliknya.
Kalau pemimpin dan rakyatnya sudah semakin hari semakin rosak dan tercemar, keadaan sosi-ekonomi dan politik juga hambar.
Graf harga bahan api (Brent Crude) pula hari-hari dikhabarkan ‘terendah dalam jangka masa 10 tahun, 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun’. Maksudnya selaku pembekal minyak, kita jelas berada di ambang kejatuhan.
Ini dibuktikan dengan berita bahawa syarikat minyak Malaysia, Petronas yang dalam perancangan mengurangkan sebanyak 50 bilion ringgit ( $ 11.4 bilion) dalam modal dan perbelanjaan operasi untuk tempoh empat tahun akan datang.
Bagaimana pula dengan nilai mata wang? Belum ada sebarang tanda-tanda recovery. Makin turun nilainya menyebabkan Malaysia pun sudah tiada nilai. Ia memberi impak yang sangat besar kepada semua, import, eksport, hutang luar negara, pendapatan dalam negara dan sebagainya. Berita kenaikan harga kereta misalnya, pengumuman daripada Proton dan Honda serta barangan lain antara kesan daripada kejatuhan nilai mata wang.
Pengangguran bertambah apabila semakin ramai yang hilang kerja ekoran syarikat mereka tutup bisnes.
Saya pun pelik, di sebalik berita ‘baik’ yang dikongsi dalam media mainstream bahawa pelaburan meningkat, lebih ramai pelabur asing memilih Malaysia, tetapi realiti yang saya dengar-dengar, baca-baca termasuk mengalaminya sendiri: pekerja kena ‘slash out’.
Semua ini menyebabkan dompet pengguna semakin menipis. Dengan polisi kerajaan yang mengenakan cukai GST (itu yang paling ketara) dan banyak lagi isu berbangkit dengannya, pelanggan semakin hilang kuasa beli.
Masalah sosial? Jangan sebut sebab di Malaysia ini seperti tiada hari tanpa kes samun dan ragut. Sekarang ini kes tembak mati dan bunuh juga menjadi-jadi. Mungkinkah semua ini ekoran kekesalan orang ramai terhadap sistem negara atau tekanan hidup mamat-mamat yang memilih jalan singkat…
Tak terhenti di situ, kita juga antara negara sasaran serangan Daesh sehingga baru-baru ini menteri dan polis saling keluarkan kenyataan berhubung tahap keselamatan negara yang rata-ratanya tertumpu di ibu kota.
Apalah agaknya sumpah seranah yang ditanggung Malaysia sehingga banyak sangat musibah yang melandanya. Bila semua ini akan kembali baik?
No comments:
Post a Comment