Thursday, January 21, 2016

Pecah ATM gunakan gas sahaja

FREE MALAYSIA TODAY


Dua perompak melarikan RM284,000 di sebuah pasar raya Nilai.


Zaldino-Zaludin


NILAI: Sekumpulan empat lelaki bertopeng melarikan RM284,000 selepas memecahkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin, berkata polis percaya perompak terbabit menggunakan gas Oxy-Acetelyne untuk pecahkan mesin berkenaan.

Katanya, dalam kejadian pada kira-kira 4.25 pagi itu, penjenayah terbabit telah menahan seorang pengawal keselamatan yang sedang meronda dan mengikat tangan dan kakinya sebelum ditinggalkan di dalam belukar di belakang bangunan pasar raya itu.

“Manakala, dua lagi pengawal keselamatan yang berada di hadapan pasar raya itu tidak menyedari kejadian itu. Kumpulan penjenayah terbabit yang masuk ke dalam pasar raya melalui pintu kecemasan, mengambil masa kira-kira sejam untuk memecah dua mesin ATM dan melarikan wang berjumlah RM284,000,” katanya, di sini, hari ini.

Katanya, polis akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di pasar raya itu serta turut menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.-BERNAMA

No comments: