KUALA LUMPUR,  Pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Osman mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diraih daripada pelanggan setia dan pengikutnya selepas pengharaman produknya, baru-baru ini.


“Saya berterima kasih kerana ramai yang menyokong saya dan memberi saya galakan. Ramai yang juga mendoakan saya dan syarikat saya.

“Ini kekuatan yang tidak dapat saya bayar semula. Terima kaih,” tulis Dr Hasmiza, yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida dalam posting Instagram terbaruyna dengan gambar beliau melawat Stadium Sultan Muhammad IV.

Meskipun dikenakan pengharaman produk oleh Kementerian kesihatan, penyokong setianya menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi dengan kebanyakan mereka memberikan komen di dalam laman Instagram milik beliau, melahirkan sokongan termasuk kepada syarikat kecantikannya.

“Saya harap kamu dapat kekuatan menghadapi segala rintangan,” komen seorang netizen, @ryanz79 dalam Instagram Dato Vida.

“Kak umie bangga ada usahawan wanita melayu yg bekerja keras demi maruah melayu. Dato hebat, tabahkan hati apa saja dugaan. Teruskan dato,” tulis seorang penyokong, @umiefatimah3.

“Manusia kalau dengki, akan cuba sedaya upaya untuk jatuhkan seseorang tu . Sabar ya dato seri vida mungkin ini salah satu dugaan yang tuhan nak berikan pada dato untuk lebih tabah. Pasti ada hikmah semua ni,” tulis penyokong lain, @eyza_vienna.

Sebelum ini dilaporkan, dua produk kecantikannya, Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block diharamkan Kementerian Kesihatan Brunei kerana didakwa mengandungi merkuri.

Brunei turut mengharamkan produk pelangsingan di bawah nama Chantique Beauty Slimming Herbal kerana mengandungi bahan terlarang.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa produk Qu Puteh Whitening Pro 9 didapati mengandugni merkuri yang menyebabkan ia diharamkan.

Dalam kenyataan itu, Dr Noor Hisham turut mengarahkan syarikat menarik semula produk dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

Susulan larangan itu, Datuk Vida membalas beliau akan meneliti perkara itu dan akur dengan arahan penarikan semula produk dari pasaran.