FERNANDO FONG
Sebahagian peserta himpunan Bantah TPPA berarak ke Padang Merbok dari beberapa lokasi di ibu negara. Foto TRP/ Fernando Fong
KUALA LUMPUR, Jumlah peserta perhimpunan Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Padang Merbok dianggarkan seramai 10,000 orang sekalipun cuaca panas terik.
Orang ramai mula bergerak ke Padang Merbok dari beberapa lokasi perhimpunan termasuk Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo.
Ramai peserta, tua dan muda, memakai
t-shirt hijau dari himpunan Pas di Kelantan sebelum ini, dengan ahli
Unit Amal Pas membantu polis menyelaraskan aliran trafik.
Jumlah itu dijangka meningkat kerana ramai peserta yang masih berjalan ke Padang Merbok, terutama dari Masjid Negara.
Pada masa sama, ramai penjaja mengambil
kesempatan dengan mendirikan gerai di sepanjang jalan bagi menjual
makanan, minuman dan kelengkapan himpunan.
Ketua Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ahli
Parlimen Pas-Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali, antara yang
hadir dan menyampaikan ucapan kepada orang ramai daripada pentas
bergerak.
No comments:
Post a Comment