Saturday, January 23, 2016

5 lokasi utama untuk perhimpunan TPPA

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
 
KUALA LUMPUR:  Sebuah lokasi baru bagi perhimpunan menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diumumkan hari ini, menjadikan kesemua lima tempat berkumpul di ibu negara.
 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mengumumkan mereka, Parti Amanah Negara (PAN) dan beberapa kumpulan NGO akan berkumpul di Maju Junction.
 
Presiden PAN Mohamad Sabu dijadual turut memimpin himpunan di tempat itu.
 
Sebelum ini, empat tempat berkumpul ditetapkan, iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Masjid India dan pusat membeli-belah Sogo pada jam 2 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
 
Pemimpin-pemimpin kanan pembangkang dan NGO dijadual berucap dalam acara itu.
 
Perhimpunan ini dilakukan sebagai usaha terakhir menghalang kerajaan menandatangani TPPA.
 
Sementara itu, masih tidak jelas jangkaan jumlah peserta esok. Penganjur sebelum ini berkata mereka menjangkakan “beberapa ribu” orang akan hadir.
 
Dalam perkembangan terbaru, kumpulan pendesak Melayu PERKASA akan membawa sekurang-kurangnya seribu peserta himpunan esok.
 
"Dari PERKASA, minimum 1,000," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali melalui aplikasi WhatsApp. - Malaysiakini
 
 

No comments: