Selasa, 17 Mac 2015

Tony padam tweet, IGP tidak faham makna ‘Royal my foot’

 
Setakat pada jam 2 petang Selasa, belum ada sebarang surat ataupun 'kunjungan' polis


tony tweet


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini menafikan tweetnya di laman sosial Twitter, ditujukan kepada Raja-raja Melayu.

Malah, Tony menjelaskan tujuan beliau mengambil keputusan untuk memadam tweet berkenaan adalah disebabkan Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu Bakar tidak memahami makna ‘Royal my foot’ tersebut.

“Itu (Tweet) tidak ditujukan kepada Raja-raja Melayu dan kalau mereka yang faham bahasa Inggeris akan faham makna ‘royal my feet’,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

Semalam, Khalid telah mengarahkan supaya Tony disiasat berikutan tweetnya yang berbaur hasutan.
Khalid menulis tweet: “@PDRMsia akan panggil YB ini menjelaskan apa maksud beliau dengan ‘Royal my foot’. Adakah ditujukan kepada Raja-raja Melayu?

Tony yang memberitahu bahawa beliau bersedia untuk bertemu pihak polis untuk menjelaskan status twitternya itu, berkata setakat pada jam 2 petang Selasa masih belum menerima apa-apa surat ataupun ‘kunjungan’ daripada pihak polis.

Tiada ulasan: