KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera
parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat
Jalan Reko, Kajang tengah hari Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika
kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki
kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri
dua lelaki bermotosikal.
"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang
mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada
Bernama.
Ab Rashid berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah
ke Hospital Serdang. Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan
tidak sedar namun stabil.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan