Ahad, 8 Mac 2015

Tak ada cubit puting seperti Shafee sebut

MALAYSIAKINI


 



Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah nampaknya telah "menyedapkan lagi" keterangan secara tertutup yang diberikan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah pertamanya dalam siri jelajahnya pad 17 Februari, seminggu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara ke atas ketua pembangkang itu, Shafee yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan pendakwan kes itu, berkata: “Anwar mencubit-cubit dia punya puting”.

Shafee menceritakan perkara itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian liwat tersebut, kepada hadirin di ceramahnya di Kelana Jaya, yang telah disiarkan secara langsung.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, yang mempertahankan hak peguam itu menceritakan kes itu kepada orang awam.

Malaysiakini telah menyemak transkrip mahkamah bagi prosiding secara tertutup itu dan mendapati tidak ada insiden mencubit itu disebut.
          
Satu-satunya bahagian yang menyebut tentang puting Saiful dalam kes itu ialah apabila doktor Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan menggunakan swab kapas untuk mendapatkan sampel dari putingnya.

Semasa forum awam itu, Shafee berkata Anwar telah meminta Saiful membawa beberapa dokumen ke satu unit di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur sehari sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, semakan ke atas transkrip mahkamah itu mendapati Anwar tidak mengarahkan Saiful secara langsung ataupun ada sebarang arahan dari sesiapa kepada Saiful sehari sebelum kejadian liwat itu, untuk mengambil dokumen itu.

Transkrip dari mahkamah dan keterangan saksi-saksi mendedahkan bahawa Anwar memberitahu ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob pada hari yang sama dengan kejadian itu - 26 Jun 2008 - bahawa dia telah tertinggal beberapa dokumen di pejabat dan meminta seseorang untuk menghantarnya.

Ibrahim kemudian mengarahkan Saiful untuk menghantar dokumen-dokumen itu ke unit kondo tersebut.


‎Sementara  itu, dalam respons ringkasnya kepada pertanyaan Malaysiakini berhubung perkara itu, Shafee berkata: "Baca keseluruhan rekod rayuan, anda akan menemuinya! Begitu jelas sekali keterangan itu!"
 
 

Tiada ulasan: