MALAYSIAKINI
Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu mempertimbang
merujuk peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah ke lembaga disiplin
ekoran perkara berkaitan kelakuannya.
“Kami sudah pun melihat ke arah itu,” kata Steven (bawah) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa Majlis Peguam sedang mengkaji kes itu dan belum membuat keputusan.
Katanya, walaupun AGM telah berlalu, keputusan mencabar injunksi itu akan dibuat kerana berkaitan dengan prinsip.
Majlis Peguam hari ini menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan
Shafee daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini
ekoran terdapat injunksi daripada mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi
interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau
presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang
atau diluluskan semasa AGM.
Injunksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara
berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan.
Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan