Polis kenal pasti suspek kes tembak
 
 
 
TANAH MERAH - Polis mengedarkan gambar empat suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes melepaskan tembakan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Alor Bemban, Bukit Kechik dekat sini, 25 Februari lalu.
 
Suspek pertama ialah seorang lelaki Melayu berusia 40an dikenali dengan nama Lan Pok Wa dan disyaki bertanggungjawab melepaskan tembakan dalam kejadian tersebut.
 
Pemangku Ketua Polis daerah, Asisten Superintendan Mohd Fadzir Manap berkata, individu kedua dicari ialah Mohd Razi Bahar Din atau Roji Barat, 44, yang beralamat di Tanah Putih Bstu, dekat Kuantan, Pahang.
 
"Suspek ketiga ialah Zainal Abidin Jaafar, 52, atau lebih dikenali dengan nama Jenal atau Abe Din dari Kampung Rasal, Tok Uban, Pasir Mas.
 
"Seorang lagi suspek dikenali dengan nama panggilan Bulat atau nama sebenarnya, Mohd Azizul Md Salleh, 31, yang beralamat di Kampung Padang Kijang, Tanah Merah," katanya pada sidang media, di sini, pagi ini.
 
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) serta Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.