Isnin, 16 Mac 2015

PM mohon batalkan sebahagian pembelaan Mkini

MALAYSIAKINI



 
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - yang menyaman Malaysiakini - hari ini memohon untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan yang difailkan oleh portal berita bebas itu.
 
Ini dinyatakan oleh peguam Malaysiakini, Ashok Kandiah (kiri) apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, tidak diketahui berapa banyak perenggan atau isu apa yang mahu dibatalkan oleh Najib, yang juga presiden Umno.
 
Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof telah memfailkan saman berhubung komen pembaca dalam dua artikel mengenai kemelut menteri besar Terengganu.
 
Dua artikel itu bertajuk 'A case of the PM reaping what it sows’ dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu'.
 
Sebelum ini, dilaporkan bahawa hakim Datuk Kamaluddin Mohd Said akan terus mendengar kes itu walaupun telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Seremban.
 
Kandiah telah meminta penjelasan daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.
 
 

Tiada ulasan: