MALAYSIAKINI
Penyusutan nilai ringgit punca sebenar harga barang kekal tinggi
walaupun harga minyak turun baru-baru ini, kata setiausaha agung PKR
Rafizi Ramli.
Beliau merujuk Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang menunjukkan walaupun
harga keseluruhan barangan yang dihasilkan dalam negara susut tujuh
peratus, sementara harga barang import kekal sama.
Jumlah keseluruhan barangan tempatan dan import ini menjadikan harga barangan secara puratanya kekal sama, kata Rafizi.
Tambahnya, kerajaan tidak wajar menuding jari kepada peniaga tetapi
sebaliknya mencari ikhtiar untuk mengurangkan harga barangan import.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu yang menyalahkan peniaga Cina yang
didakwa enggan menurunkan harga.
"Indeks PPI ini membuktikan penyusutan nilai ringgit memastikan harga
barangan dan perkhidmatan kekal mahal walaupun pengeluar tempatan
menurunkan harga mereka," kata Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan