MALAYSIAKINI
Dua anggota parlimen PAS membuat rayuan terakhir kepada rakan sekutu
dalam Pakatan Rakyat, PKR, agar tidak membiarkan pindaan Enakmen Kanun
Jenayah Syariah di Kelantan esok oleh kerajaan negeri Kelantan,
menyebabkan hubungan gabungan pembangkang itu berpecah.
Walaupun sikap tegas DAP, MP Shah Alam Khalid Samad mengesahkan bahawa
kesuntukan masa bagi PAS untuk kembali kepada rakan gabungan bagi
membuat sebarang pindaan kepada cadangan itu, kurang daripada 24 jam,
sebelum ia dibentangkan di DUN Kelantan.
MP Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar turut serta dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
"Ia hanya satu pindaan. Kenapa nak kecoh?" soal Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.
Beliau menegaskan bahawa pindaan itu tidak bermaksud kepada pelaksanaan
hudud, tetapi sebaliknya hanya cuba untuk menambahbaik kefahaman tentang
hudud.
Khalid berkata situasi di Kelantan dianggap unik, maka hanya rakyat di
neger itu yang boleh menghakimi sama ada langkah kerajaan negeri adil
atau tidak.
"Sitiasi di Kelantan begitu unik sehingga Umno turut menyokong pindaan ini.
"Kami gesa Pakatan memahami keunikan situasi di Kelantan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan