MALAYSIAKINI
1Malaysia Development Berhad (1MDB) “bersubahat” dalam “penipuan”
suntikan aset oleh Petrosaudi Limited dalam usahasama pada 2009, dakwa
anggota parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua.
Dakwanya, ini kerana syarikat itu sedar bahawa Petrosaudi tidak memiliki
asas perundangan dan hak terhadap aset bernilai AS$1.5 bilion di medan
minyak Laut Caspian, dan dengan itu melanggar perjanjian usahasamanya
dengan 1MDB.
Pua berkata, hak penjelajahan di medan minyak itu milik syarikat tenaga
Kanada, Buried Hill, yang mempunyai perjanjian dengan kerajaan
Turkmenistan.
Menurutnya lagi, Buried Hill dan Petrosaudi International, syarikat
induk PSL, mempunyai perjanjian berkaitan medan itu bernilai AS$2.7
bilion sebelum PSL dan 1MDB membentuk usahasama.
Bagaimanapun sebulan selepas usahasama itu ditandatangani, usahasama
1MDB-Petrosaudi membatalkan perjanjian dengan Buried Hill, bermaksud
Petrosaudi tidak lagi menguasai aset itu, menurut wakil rakyat DAP itu.
Pua juga berkata bahawa medan minyak itu tidak dapat dijelajahi
memandangkan terdapat pertelingkahan pemilikan antara Turkmenistan and
Azerbaijan untuk kawasan di lautan itu.
Semalam, PetroSaudi International menjelaskan yang semua dana daripada 1MDB pergi kepada entiti milik Petrosaudi dan sebarang andaian lain adalah palsu.
Bernama semalam juga melaporkan 1MDB menerima balik pelaburan penuh dengan keuntungan sebanyak US$488 juta (US$1=RM3.603) daripada rakan kongsinya PetroSaudi International.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan